Saturday, April 11, 2015

Antara impian, minat dan keperluan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Untuk entri kali ni, saya ingin berkongsi tentang topik yang saya dan kawan-kawan saya bincangkan semasa usrah kami pagi tadi. Antara yang kami sentuh adalah tentang impian setiap orang. Topik yang sangat menarik sebab masing-masing mempunyai impian yang best dan saya boleh lihat muka keterujaan setiap orang bila bercakap tentang impian masing-masing. Sampaikan tak perasan masa berlalu begitu pantas. 

Soalan yang perlu dijawab oleh setiap orang :

"Apa yang ada pada diri korang yang korang nak bawa dalam hidup ni?" 

Satu soalan yang simple, tapi membuatkan kami reflect balik pada minat, keperluan dan impian yang kami pernah ada ketika kami masih kecik, pada masa sekarang dan mungkin potensi yang kami ingin explore pada masa akan datang.

Ada yang menjawab, minat dia adalah pada seni dan dia bercita-cita untuk membuka satu galeri seni yang boleh memberi inspirasi pada orang lain untuk menyumbang kepada komuniti. Seni adalah satu cara untuk seseorang mengekspresikan dirinya. Secara tak langsung, kita boleh sampaikan mesej kita melalui seni. 

Dan seni itu luas, bukan bertumpu pada lukisan sahaja. 

Penulisan itu seni.
Fotografi itu seni.
Pengamalan perubatan itu satu seni.
Susun atur dalam bilik kita itu seni.

Setiap orang sebenarnya berseni. Cuma makna seni pada setiap orang itu berbeza. Itu yang memberi definisi pada diri kita. 

Ada jugak yang menjawab, minat dia adalah untuk membina dan membentuk jiwa orang lain. Jadi, dia berminat untuk sertai organisasi yang membentuk jiwa dan menjadi mentor. Antara usaha yang dibuat adalah dengan menjadi fasilitator dalam beberapa program serta membuat modul atau silibus baru dalam usrah secara kritis dan realistik.

Pernah dengar slogan segalanya bermula dengan tarbiyyah? Tarbiyyah atau bahasa mudahnya, didikan yang dialami dan dirasai seseorang akan membentuk peribadi mereka. Jadi, untuk menjadi seorang yang berjiwa besar, diri kita sendiri haruslah dididik terlebih dahulu. 

Macam mana cara mendidik diri? 

Dengan mendekatkan diri pada Allah, dengan ilmu dan dengan pengalaman. Jadi, pada anak muda terutamanya, silalah cari dan terokai benda-benda kat luar sana. Pergilah forum-forum yang membuka minda, buat aktiviti-aktiviti lasak, cabar diri buat sesuatu yang luar biasa. Keluar dari zon selesa yang membuatkan kita rasa malas dan ignorant.

Selain tu, ada jugak yang betul-betul berminat untuk pergi lebih jauh dalam bidang perubatan. Aim untuk menjadi seorang specialist dan consultant yang membina dan melahirkan medical student dan doktor yang kompeten dan berjiwa besar. Pokoknya, melahirkan doktor yang luar biasa untuk komuniti, doktor yang merawat fizikal dan merawat jiwa.

Dan, yang menariknya, apa yang ada pada sahabat saya yang seorang ni, katanya, dia mempunyai semangat anak muda untuk realisasikan impian dia. Dan saya boleh nampak passion yang ada dalam dirinya.

Satu lagi perkara menarik yang dikongsikan adalah ada yang sangat berminat untuk berinteraksi dengan orang. Belajar dari pengalaman hidup dan cerita orang. Terinspirasi dari kisah hidup dan nasihat orang lain. Kadang-kadang, kawan saya yang seorang ni akan berbual-bual dengan strangers yang dia baru jumpa macam orang yang dah kenal lama! Menarik kan?

Dan satu mende yang dia mahukan dalam hidup adalah duit yang banyak supaya dapat menyumbang balik pada masyarakat, khususnya untuk membina sebuah rumah anak yatim, satu impian yang dikongsi bersama dengan kakaknya.

Ada jugak yang berimpian untuk menjadi aktivis misi kemanusiaan di mana-mana tempat yang memerlukan khidmat perubatan terutamanya di penempatan-penempatan kecil. Antara perkara yang dibuat untuk terus memotivasikan dirinya adalah dengan menampal borang permohonan untuk menyertai misi, artikel dan pamplet berkenaan di dinding-dinding biliknya. (Btw, kami medical student tak berkelayakan lagi nak menyertai medical team misi kemanusiaan)

Usaha lain yang dibuat adalah dengan menyertai kerja-kerja volunteer dan segala macam aktiviti yang memerlukannya berjumpa dengan orang yang memerlukan.

Oh ye, sewaktu usrah semalam jugak, ada seorang doktor gigi merangkap senior merangkap kakak kesayangan kitorang berkongsi tentang kesihatan gigi. Sebabnya, kebanyakan penyakit-penyakit gigi berpunca dari kesihatan gigi dan mulut  yang tak terjaga. Kadang-kadang, orang-orang yang berada dalam bidang perubatan sendiri tak tau kepentingan penjagaan mulut. 

Apa mesej yang ingin disampaikan sebenarnya adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mengamalkan pencegahan. Menanamkan kesedaran lebih penting daripada kita suruh dan bagitau seseorang apa yang patut dibuat. Sebab akhirnya, kata-kata kita akan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Akhirnya, pesakit pun takkan dengar cakap doktor dan pesakit tersebut akan tak compliant pada ubat, follow up dan nasihat yang diberi. 

Well, basically, itulah antara impian yang dikongsi bersama. Rasa sangat seronok melihat muka terlebih excited semua orang bila bercakap tentang impian masing-masing.

Ada seorang senior yang pernah berkata,"Sesuatu mende yang kita nak buat tu takkan jadi unless kita ada niat untuk bagi sesuatu pada orang lain." Dan bila diperhatikan, persamaan yang ada pada setiap impian yang ada pada impian dan minat kami adalah untuk memberi atau menyumbang kepada komuniti dan masyarakat. Sebenarnya itulah fungsi setiap dari ahli masyarakat dan komuniti terutamanya anak muda dan mahasiswa. What we take, we give it back. 

Dan nak tau sejauh mana kita betul-betul minat sesuatu tu, tengok pada setakat mana usaha yang kita buat untuk realisasikan impian kita tu.

Impian bukanlah sesuatu yang mustahil, inshaAllah.

Janganlah sekadar berangan-angan tanpa usaha.

Apa yang kita impikan, itulah yang kita kena usahakan. 

Orang lain takkan buat benda yang sepatutnya kita buat sebab impian kita lain-lain walaupun matlamat akhirnya sama, iaitu akhirat. Tak salah memegang dunia untuk menggapai akhirat, sebab itulah tujuan kita diciptakan di dunia. 

Wallahua'lam.

P/s : btw, kami ni sume berada dalam bidang kesihatan. tak salah untuk ada minat lain selain dari bidang yang diceburi. 

                  
 

No comments:

Post a Comment