Saturday, June 20, 2015

The Voice of the Unheard

Assalamualaikum and greetings!

Today I'm going to write in English because I think I can express myself better about this particular topic.

Voice of the unheard. Sounds kinda creepy, right? But, it is far from creepy, let alone gives you goosebumps. Actually, I'm just going to relate something from my experience since way back in my childhood days. The thing that is most probably the most sensitive part for me, and for some of you, too. Ok, let's not dwell too much on the intro, shall we?

Introvert.
Shy girl.
Quiet girl.
Lonely girl.

I can't really recall since when do I do get labelled as the things mentioned above. But, for as long as I can remember, it was more than 10 years, if not less. I used to get upset when people referred me to as an introvert, and telling me to be more talkative and stuff, to the point of getting annoyed and irritated. At that time, I rebelled in silence as they didn't just know how much struggle I had to go through just being in the public.

In fact, due to this character of mine, I used to be bullied during my early childhood where I used to be the errand girl. As time went on, I was then elected to be student representative both in primary and secondary school which really gave me a hard time. There were expectations to be met and many things to be carried out. Looking back over those times, I really don't know how did I survive those days. Of course, there were some achievements made, and not to forget, disappointments also followed suit.

And then, as you guys know, I enrolled into University of Malaya to further my studies in Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS). At first, I really can't see my future as a doctor since my character is like this. However, looking at my parents' faces with so much hope, I embraced my fears and went in.

This is where it all started. I started questioning myself again and again.

'For how long are you gonna stay like this? Can't you change for the better?'

Then, I took the first step to be more expressive and giving out more opinions. I started to join in facilitator programs, involved in certain societies and join in some discussions and usrah. 

Well, it was not easy though. I stuttered a lot, pausing here and there. And sometimes, I could not keep up with the discussions at all. There were times where I got cut off when I was giving my idea due to other more brilliant ideas given by others. (I'm sure they were not aware of this and not intentionally do that.) After that, I would go blank and could not proceed further. There were also times where I got some ideas after the discussions, but could not convey it further because decisions had been made. Well, I admitted, I really get annoyed by that at first, as if I was not given any chance at all. 

But then again, when I reflected back, maybe I should prove to the others that I also can do it. So, I slowly try to give out more opinions and made some actions. More often than not, I failed in doing so. That really made me felt worthless and pretty much shut down myself.

So, I took some time to myself and pondered over it over and over again. 

And then, at some point, I've got some revelation (well, after a long time).

Why would I need to prove myself to others when the most important thing is that I should prove to myself first that I can?

That made me realise, I have purposes in this life. God doesn't just give me a chance to live to just dwell on myself. I have the power to choose and to make actions.

That made my perspective on life changed.

I need to accept and love myself first, and then I can spread the love to others.
Life does not revolve around myself, I also have to think about others.
I could do more than I used to think. 
I could give more benefits to others.
I discovered my passion in writing.
I became more expressive than what I used to be.

What I've learnt was, we need to accept who we are first, then, we'll discover and improve more. You don't have to be what the others want you to be, just be yourself, and become better.

Don't expect people to understand you, because sometimes, you, yourself may not understand yourself at some point.

Open up to constructive criticism and ignore the judgement. Believe me, inshaAllah you'll be more at ease and you'll be more of benefit to others.

Explore more, read more, meet new people and make a change in your life.

May Allah bless the journey. Amin.

P/s : to those who have the same problems with me, may you have the strength to keep going. you can do it, just believe in yourself. 

P/s/s :Currently, I am reading this book, maybe that's why I really wanted to post this entry.



Saturday, April 11, 2015

Antara impian, minat dan keperluan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Untuk entri kali ni, saya ingin berkongsi tentang topik yang saya dan kawan-kawan saya bincangkan semasa usrah kami pagi tadi. Antara yang kami sentuh adalah tentang impian setiap orang. Topik yang sangat menarik sebab masing-masing mempunyai impian yang best dan saya boleh lihat muka keterujaan setiap orang bila bercakap tentang impian masing-masing. Sampaikan tak perasan masa berlalu begitu pantas. 

Soalan yang perlu dijawab oleh setiap orang :

"Apa yang ada pada diri korang yang korang nak bawa dalam hidup ni?" 

Satu soalan yang simple, tapi membuatkan kami reflect balik pada minat, keperluan dan impian yang kami pernah ada ketika kami masih kecik, pada masa sekarang dan mungkin potensi yang kami ingin explore pada masa akan datang.

Ada yang menjawab, minat dia adalah pada seni dan dia bercita-cita untuk membuka satu galeri seni yang boleh memberi inspirasi pada orang lain untuk menyumbang kepada komuniti. Seni adalah satu cara untuk seseorang mengekspresikan dirinya. Secara tak langsung, kita boleh sampaikan mesej kita melalui seni. 

Dan seni itu luas, bukan bertumpu pada lukisan sahaja. 

Penulisan itu seni.
Fotografi itu seni.
Pengamalan perubatan itu satu seni.
Susun atur dalam bilik kita itu seni.

Setiap orang sebenarnya berseni. Cuma makna seni pada setiap orang itu berbeza. Itu yang memberi definisi pada diri kita. 

Ada jugak yang menjawab, minat dia adalah untuk membina dan membentuk jiwa orang lain. Jadi, dia berminat untuk sertai organisasi yang membentuk jiwa dan menjadi mentor. Antara usaha yang dibuat adalah dengan menjadi fasilitator dalam beberapa program serta membuat modul atau silibus baru dalam usrah secara kritis dan realistik.

Pernah dengar slogan segalanya bermula dengan tarbiyyah? Tarbiyyah atau bahasa mudahnya, didikan yang dialami dan dirasai seseorang akan membentuk peribadi mereka. Jadi, untuk menjadi seorang yang berjiwa besar, diri kita sendiri haruslah dididik terlebih dahulu. 

Macam mana cara mendidik diri? 

Dengan mendekatkan diri pada Allah, dengan ilmu dan dengan pengalaman. Jadi, pada anak muda terutamanya, silalah cari dan terokai benda-benda kat luar sana. Pergilah forum-forum yang membuka minda, buat aktiviti-aktiviti lasak, cabar diri buat sesuatu yang luar biasa. Keluar dari zon selesa yang membuatkan kita rasa malas dan ignorant.

Selain tu, ada jugak yang betul-betul berminat untuk pergi lebih jauh dalam bidang perubatan. Aim untuk menjadi seorang specialist dan consultant yang membina dan melahirkan medical student dan doktor yang kompeten dan berjiwa besar. Pokoknya, melahirkan doktor yang luar biasa untuk komuniti, doktor yang merawat fizikal dan merawat jiwa.

Dan, yang menariknya, apa yang ada pada sahabat saya yang seorang ni, katanya, dia mempunyai semangat anak muda untuk realisasikan impian dia. Dan saya boleh nampak passion yang ada dalam dirinya.

Satu lagi perkara menarik yang dikongsikan adalah ada yang sangat berminat untuk berinteraksi dengan orang. Belajar dari pengalaman hidup dan cerita orang. Terinspirasi dari kisah hidup dan nasihat orang lain. Kadang-kadang, kawan saya yang seorang ni akan berbual-bual dengan strangers yang dia baru jumpa macam orang yang dah kenal lama! Menarik kan?

Dan satu mende yang dia mahukan dalam hidup adalah duit yang banyak supaya dapat menyumbang balik pada masyarakat, khususnya untuk membina sebuah rumah anak yatim, satu impian yang dikongsi bersama dengan kakaknya.

Ada jugak yang berimpian untuk menjadi aktivis misi kemanusiaan di mana-mana tempat yang memerlukan khidmat perubatan terutamanya di penempatan-penempatan kecil. Antara perkara yang dibuat untuk terus memotivasikan dirinya adalah dengan menampal borang permohonan untuk menyertai misi, artikel dan pamplet berkenaan di dinding-dinding biliknya. (Btw, kami medical student tak berkelayakan lagi nak menyertai medical team misi kemanusiaan)

Usaha lain yang dibuat adalah dengan menyertai kerja-kerja volunteer dan segala macam aktiviti yang memerlukannya berjumpa dengan orang yang memerlukan.

Oh ye, sewaktu usrah semalam jugak, ada seorang doktor gigi merangkap senior merangkap kakak kesayangan kitorang berkongsi tentang kesihatan gigi. Sebabnya, kebanyakan penyakit-penyakit gigi berpunca dari kesihatan gigi dan mulut  yang tak terjaga. Kadang-kadang, orang-orang yang berada dalam bidang perubatan sendiri tak tau kepentingan penjagaan mulut. 

Apa mesej yang ingin disampaikan sebenarnya adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mengamalkan pencegahan. Menanamkan kesedaran lebih penting daripada kita suruh dan bagitau seseorang apa yang patut dibuat. Sebab akhirnya, kata-kata kita akan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Akhirnya, pesakit pun takkan dengar cakap doktor dan pesakit tersebut akan tak compliant pada ubat, follow up dan nasihat yang diberi. 

Well, basically, itulah antara impian yang dikongsi bersama. Rasa sangat seronok melihat muka terlebih excited semua orang bila bercakap tentang impian masing-masing.

Ada seorang senior yang pernah berkata,"Sesuatu mende yang kita nak buat tu takkan jadi unless kita ada niat untuk bagi sesuatu pada orang lain." Dan bila diperhatikan, persamaan yang ada pada setiap impian yang ada pada impian dan minat kami adalah untuk memberi atau menyumbang kepada komuniti dan masyarakat. Sebenarnya itulah fungsi setiap dari ahli masyarakat dan komuniti terutamanya anak muda dan mahasiswa. What we take, we give it back. 

Dan nak tau sejauh mana kita betul-betul minat sesuatu tu, tengok pada setakat mana usaha yang kita buat untuk realisasikan impian kita tu.

Impian bukanlah sesuatu yang mustahil, inshaAllah.

Janganlah sekadar berangan-angan tanpa usaha.

Apa yang kita impikan, itulah yang kita kena usahakan. 

Orang lain takkan buat benda yang sepatutnya kita buat sebab impian kita lain-lain walaupun matlamat akhirnya sama, iaitu akhirat. Tak salah memegang dunia untuk menggapai akhirat, sebab itulah tujuan kita diciptakan di dunia. 

Wallahua'lam.

P/s : btw, kami ni sume berada dalam bidang kesihatan. tak salah untuk ada minat lain selain dari bidang yang diceburi. 

                  
 

Sunday, January 25, 2015

Beautiful.




You are beautiful.

No matter what people say.

Because Allah had created you as the most perfect being.

It's your heart that is more important than what meets the eye.

Be grateful with what you already have.

InshaAllah, you'll be happy.

Saturday, January 24, 2015

Tidak subur : Salah siapa?

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk minggu ketiga saya berada dalam tahun 4. Sekarang saya berada di posting Gynaecology ataupun in Layman's term, sakit puan. Hari tu, kami ada belajar tentang infertility (ketidaksuburan). 

Jadi, apakah yang dikatakan ketidaksuburan tu?

Berdasarkan definisi World Health Organization, infertility is a disease of the reproductive system defined by the failure to achieve a clinical pregnancy after 12 months or more of regular unprotected sexual intercourse.

Infertility boleh dibahagikan pada dua bahagian, iaitu primary infertility dan secondary infertility. Primary infertility merujuk kepada orang yang tak pernah mendapat anak manakala secondary infertility merujuk kepada orang yang pernah mengandung sebelum ni (termasuk mereka yang keguguran dan mengandung di luar rahim).

Kenapa saya memilih untuk menulis soal ni?

Sebab norma dalam masyarakat kita, apabila seseorang perempuan yang telah berkahwin tidak dapat mengandung, maka perempuan itu akan dipandang serong oleh orang sekeliling. 

Antara perkataan-perkataan yang kita selalu dengar :

"Dia tu memang keturunan tak subur. Family dia pun, kalau beranak, tak ramai pun."
"Buat apa simpan orang yang tak subur? Kahwin je la lagi satu."
"Isteri kau tu memang tak subur ke? Kesian kau."

Dan, macam-macam lagi kata-kata yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya, kalau nak tahu, bila bercakap tentang soal kesuburan ni, ia mungkin berpunca daripada perempuan, lelaki atau kedua-duanya. Jadi, siapa kata Gynaecology cuma handle orang perempuan sahaja? 

Tapi, apa yang kita lihat di klinik infertiliti, kebanyakan pesakit yang datang adalah isteri sahaja walhal suami juga boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada infertiliti.

Ok. maka, apa faktornya yang boleh menyumbang kepada ketidaksuburan ni?

Tapi, sebelum tu, kita kena tahu anatomi sistem reproduktif dulu.

Sistem reproduktif wanita (kredit)

Biar saya bercerita serba ringkas tentang sistem reproduktif wanita. Ovary adalah tempat di mana kita akan menghasilkan telur (ovum) dan telur ini akan pergi ke rahim (uterus) melalui Fallopian tube. Kalau telur dan sperma dapat bercantum (fertilize - fertilization berlaku di Fallopian tube), maka, ia akan bertukar menjadi embryo dan akan menempel (implant) di dinding rahim (endometrium).

Maka, masalah ketidaksuburan akan berlaku jika mana-mana bahagian ada masalah.

Antara masalah-masalah yang boleh berlaku :

1. Ovulatory failure - masalah dengan telur di mana telur tak dapat dikeluarkan dari kantungnya. Ia mungkin boleh berpunca dari masalah hormon iaitu Luteinizing Hormone (LH) yang tidak stabil. 

Ovulation : Telur dikeluarkan dari kantungnya

2. Blockage di mana-mana bahagian Fallopian tube
3. Masalah dengan rahim - adenomyosis, fibroid atau apa-apa ketumbuhan yang mengganggu uterine cavity.
3. Faktor pangkal rahim (cervix) - stenosis (laluan menjadi sempit)
4. Tuboperitoneal - endometriosis (tisu dinding rahim di luar dinding rahim, contohnya di ovary), hydrosalpinx (Fallopian tube bengkak)
5. Faktor dari lelaki - masalah dengan pancutan (ejaculation) atau erection, masalah sperma (kurang kuantiti, kurang upaya untuk bergerak (reduced motility), dll), 
6. Lain-lain : masalah psikoseksual.

Faktor yang menjejaskan kesuburan pada lelaki dan perempuan :
1. Umur yang meningkat
2. Merokok, tembakau atau penyalahgunaan dadah
3.Berat badan yang berlebihan

Selalunya, apabila pasangan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan anak, doktor akan mencari puncanya dan akan cuba mengemukakan beberapa pilihan rawatan yang sesuai untuk pasangan tersebut. 

Tetapi, ada masanya di mana takde masalah pun yang dapat dikenalpasti dalam pasangan tersebut. Ada jugak pasangan yang gagal untuk dapatkan anak setelah banyak kali buat rawatan. 

Sebabnya, usaha manusia tu ada batasannya. Doktor bukanlah tuhan yang boleh menjamin success rate of 100%, kita hanya boleh berusaha dan bertawakkal.  Akhirnya, Allah yang menentukan segalanya. Namun, tu tak bermakna kita hanya perlu menyerahkan semuanya pada takdir.

Saya tertarik dengan statement yang pernah saya dengar dari seorang ustaz. Tawakal tu ada peringkatnya, iaitu sebelum berusaha, semasa berusaha dan selepas berusaha. 

Sebelum berusaha, kita bertawakal pada Allah yang Allah akan tunjukkan jalan macam mana kita nak mulakan usaha tu. 

Sewaktu berusaha, kita bertawakal kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan dan istiqamah dalam usaha tu.

Selepas berusaha, kita bertawakal kepada Allah bahwa apa-apa keputusan yang berlaku, tu adalah yang terbaik buat kita.

Oleh itu, kita kena sedar, rezeki tu semuanya dari Allah. Jadi, wajarkah kita sebagai manusia, menuding jari pada sesiapa atas perkara yang berlaku pada kita? Renung-renungkan.

Dan, untuk pengetahuan semua, ada beberapa rawatan yang boleh ditawarkan bagi pasangan yang menghadapi masalah ni. Selalunya, rawatan yang akan ditawarkan adalah berdasarkan punca yang ada pada pasangan tersebut. 

Selalunya, bagi mereka yang obes atau merokok, mereka dinasihatkan untuk menurunkan berat badan dan berhenti merokok. Jika ada masalah dengan hormon, maka rawatan hormon akan diberikan. Jika ada masalah dengan blockage atau fibroid besar dan ketumbuhan yang sewaktu dengannya, maka, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan.

Ada juga rawatan untuk membantu seseorang tu untuk mengandung. Antaranya adalah intrauterine insemination (IUI), intra vitro fertilization (IVF), intracytoplasmic sperm injection (ICSI). 

Intrauterine insemination

Prosedur IUI
Sperma dari air mani suami akan diproses dan akan dimasukkan ke dalam rahim isteri. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kuantiti sperma yang boleh sampai ke Fallopian tube dan meningkatkan peluang untuk fertilization. Average success rate untuk prosedur ni adalah 10-15%. 

In vitro fertilization

Prosedur IVF

Untuk IVF, beberapa telur dari isteri dan sperma dari suami akan diambil untuk disenyawakan (to be fertilized) di luar rahim. Embryo yang terhasil dari persenyawaan tu akan dimasukkan ke dalam rahim 3 k3 5 hari kemudian. Keseluruhannya, average success rate untuk prosedur ni adalah 25-30 %.

Intracytoplasmic sperm injection (ICSI)

Prosedur ICSI

Satu sperma akan dimasukkan ke dalam telur menggunakan jarum yang sangat halus. Proses yang seterusnya adalah sama seperti IVF. 

Namun, kita perlu tahu bahwa rawatan ni memerlukan kos yang tinggi dan ada risikonya yang tersendiri. Sebab tulah, amat penting bagi pasangan yang ingin memilih untuk mendapatkan rawatan ni mendapatkan nasihat dari doktor dan berbincang dengan pasangan masing-masing.

Berbalik pada norma masyarakat kita yang sering memandang serong pada pasangan yang sebegini. Kita memang takde kuasa untuk mengubah orang, tapi kita ada kuasa untuk mengubah diri kita. Jika perkara ni terjadi pada orang di sekeliling kita, janganlah kita menambahkan beban mereka dengan bertanya soalan-soalan yang boleh menyinggung perasaan mereka. Dan sekiranya perkara ni terjadi pada kita, janganlah pernah berputus asa daripada rahmat Allah. Ada sebabnya kenapa Allah tetapkan takdir kita begitu.

Sekian untuk kali ni.

Wallahua'lam.

Friday, January 9, 2015

"Post-supplementary syndrome"

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah sudah masuk tahun baru. Saya juga baru melangkah masuk ke tahun 4 setelah setahun lebih berada dalam tahun 3. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa lama sangat saya berada dalam tahun 3.

Ada sebabnya. Sebabnya adalah kerana saya gagal dalam Peperiksaan Akhir Klinikal Fasa IIIA dan akhirnya perlu menghadiri kelas tambahan selama 2 bulan. Biar saya terangkan serba sedikit mengenai peperiksaan klinikal. Ada 4  kertas semuanya, kertas 1 dan kertas 2 adalah teori manakala kertas 3 dan 4 adalah klinikal. 

Kertas 3 atau nama panjangnya Objective Structured Clinical Examination (OSCE) di mana soalan-soalannya berada di 16 stesen. Untuk kertas ini, ada 16 stesen di mana kami perlu bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang lain. Di setiap stesen ni, ada soalan tertentu yang telah disediakan. Ada di antaranya adalah sesi interaktif di mana kami perlu consult patient, bahagian x-ray, buat pemeriksaan fizikal dan ada jugak stesen untuk mengenalpasti spesimen dan alat-alat yang digunakan dalam clinical practice.  Oh ye, masa yang diperuntukkan untuk setiap stesen adalah 5 minit.

Manakala Kertas 4 atau lebih dikenali sebagai Long Case di mana soalan peperiksaan kami adalah pesakit sendiri. Kami perlu mengambil history yang lengkap serta membuat physical examination terhadap pesakit tersebut dalam masa 1 jam sebelum kami dipanggil untuk present di hadapan 2 atau 3 examiner. Untuk pengetahuan semua, kes-kes yang akan kami dapat untuk Long Case ini adalah sangat banyak dan boleh sahaja keluar dari mana-mana kes dalam Paediatric (Kanak-kanak), Medicine dan Surgery Department. 

Kebanyakan dari kami yang tidak lulus terkandas di kertas 3 atau kertas 4. Ada banyak faktor sebenarnya yang menyumbang. Gagal dalam peperiksaan klinikal bukan bermaksud seseorang itu tak pandai atau tak kompeten. Kadang-kadang, ada yang menghadapi masalah language barrier dengan pesakit, ada juga yang dapat kes yang tak pernah dijumpa sewaktu posting dan ada juga yang terlalu nervous sampai semuanya jadi bercelaru.

Saya masih lagi teringat waktu saya present case di hadapan pemeriksa. Saya terlalu nervous sampai saya terlupa nak bagitau yang saya ada masalah language barrier dengan pesakit. Habis saja presentation, saya balik ke bilik dengan perasaan bercampur-baur. Hati saya kuat menyatakan bahawa saya akan gagal.

Dan ternyata telahan saya menjadi kenyataan.

Pada waktu saya lihat keputusan saya, sejujurnya, saya tidaklah begitu sedih sebab saya sudah boleh mengagak keputusannya. Tapi yang lebih menyedihkan saya adalah bila kawan-kawan saya yang lain bertanya khabar, melawat dan memberi kata-kata semangat pada saya. Seriously, perasaan saya bercampur-baur antara sedih, down, terharu dan gembira pada waktu tu. Dan yang paling menyedihkan adalah bila saya tak dapat meluangkan masa yang lebih dengan family saya pada waktu tu. Tapi saya rasa sangat-sangat bersyukur sebab family saya sangat supportive dan memahami keadaan saya.

Setelah seminggu keputusan dikeluarkan, kami pun balik ke UM untuk memulakan kelas tambahan (supplementary class) selama 8 minggu di mana kami perlu mengulang semula posting di Medicine, Surgery, Obstetric and Gynaecology, Primary Care Medicine dan Paediatrics Department.

Setelah bertapa selama seminggu dan dapatkan semula semangat, saya memulakan kelas tambahan dengan positif. Saya cuba untuk melihat kegagalan pada kali ni sebagai pangajaran untuk saya.

Indeed, this failure was a blessing in disguise.

Selama 2 bulan saya menjalani kelas tambahan, semua doktor yang mengajar saya banyak memberi motivasi dan tunjuk ajar. Waktu ni, saya belajar untuk jadi lebih yakin untuk present di depan doktor. Dan saya menjadi lebih rajin dan eager berbanding sebelum ni. Sungguhlah, rasa bersyukur sangat dapat peluang ni. Alhamdulillah.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Al-Baqarah : 216

Bila saya muhasabah diri balik, sebenarnya banyak mende yang saya terlepas waktu saya posting di Klang. 2 bulan ni banyak membuka mata, hati dan minda saya. Dulu. saya merasa sangat terpaksa untuk pergi ke wad dan approach patient. Dulu, saya tak belajar dengan sedalam-dalamnya dan sesungguh-sungguhnya. Mungkin sebab saya tak tahu macam mana teknik belajar yang sesuai waktu klinikal. 

Yang paling penting, mungkin jugak sebab saya tak begitu menjaga hubungan saya dengan Allah. Mungkin ni salah satu cara Allah nak tarik balik saya pada Dia. 

Apa yang saya hargai sepanjang 2 bulan ni mestilah rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama dengan saya. Belajar, menangis, ketawa bersama-sama dan saling menguatkan antara satu sama lain. Seboleh-bolehnya, saya berharap kami semua boleh lulus bersama. Tapi apakan daya, jalan cerita setiap orang tak sama. Hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka. Whatever it is, they're still a part of us.

Setakat tu je untuk kali ni. InshaAllah akan cuba lebih merajinkan diri update blog.

Wallahua'lam.

Sekian.

Thursday, June 12, 2014

Pesakit pun manusia.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lama mendiamkan diri, dalam proses mencari identiti diri yang terasa hilang di sebalik kesibukan seorang pelajar perubatan waktu fasa klinikal. Hampir setiap hari, waktu dihabiskan di wad. Ward round, presentation, clerk patient, tengok dan assist procedure bagaikan dah sebati dalam diri. Lengkapkan diri dengan segala persiapan untuk menjadi doktor Muslim yang selamat dan kompeten, dalam keredhaan-Nya, inshaAllah. 


Alhamdulillah. Dah hampir setahun saya melangkah masuk ke fasa klinikal. Setakat ni, saya dah habis posting kat wad medikal, wad surgeri, wad sakit puan dan sekarang tengah posting di primary care medicine ataupun in layman's term, klinik kesihatan.

Tak sangka, cepat betul masa berlalu. Sejujurnya, semakin banyak masa saya habiskan masa untuk berjumpa patient, makin banyak yang saya belajar dari diorang. Makin terbuka mata saya pasal realiti masyarakat kita.

Macam-macam ragam boleh kita jumpa.

Ada yang takut jumpa doktor sebab takut kena cucuk.
Ada yang tak kisah sangat pasal kesihatan diri sendiri walaupun tau diri dia ada penyakit kencing manis (Diabetes mellitus), dan darah tinggi yang mungkin boleh membawa pada sakit jantung (myocardial infarction).
Ada yang sangat optimis pasal kehidupan walaupun buah pinggang dia dah rosak dan terpaksa menjalani dialisis setiap minggu.
Ada yang dependent pada orang lain untuk buat rutin harian.

Dan.... macam-macam lagi.

Satu mende yang paling penting saya belajar daripada kebanyakan doktor yang mengajar kami.

Treat the patient as a whole person. 
A doctor's duty is to treat the patient, not the disease.

Tugas seorang doktor adalah untuk merawat pesakit tu secara keseluruhan, bukan semata-mata mengurangkan dan melegakan simptom-simptom yang ada pada pesakit tu sendiri. Meh saya bagi contoh (bukan kes sebenar, tapi ada jugak berlaku kes-kes yang macam ni.)

Pak cik Abu, seorang duda yang berumur 67 tahun datang ke hospital sebab tetiba rasa sakit dada yang menekan dan rasa susah untuk bernafas. Selain tu, pak cik Abu jugak ada berpeluh-peluh dan rasa loya. Pak Ali, kawan lama pak Abu, yang kebetulan singgah ke rumahnya yang bawak pak Abu ke hospital.  Disebabkan isteri dan anaknya sudah meninggal dunia lebih 10 tahun yang lepas, dia tinggal seorang di rumah. Saudara-maranya tak ramai, dan mereka pun tak pernah peduli pasal keadaan pak cik Abu.

Setelah diperiksa dengan electrocardiogram (ECG) dan cardiac marker, pak Abu disahkan mempunyai ST elevation myocardial infarction (STEMI) ataupun bahasa mudahnya, sakit jantung.

Rupa-rupanya, sebelum ni, pak Abu memang sudah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi tapi tak pernah didiagnosis. Bila ditanya balik, pak Abu memang ada simptom-simptom kencing manis macam kencing dalam jumlah yang banyak (polyuria), rasa dahaga yang berlebihan (polydypsia), selalu bangun malam untuk kencing (nocturia) dan berat badan makin turun walaupun pak Abu dah lama tak exercise. Mata pun makin kabur.

"Sekarang ni bila pak cik kencing, memang banyak air kencing yang keluar. Malam-malam pun pak cik selalu pegi jamban untuk kencing. Pak cik ingatkan mende ni biasalah, penyakit orang tua. Yela, pak cik kan dah tua, bukannya muda lagi."

Bayangkan, kalau kitalah yang jadi doktor yang kena rawat pak cik ni, apa yang kita akan buat? 

1. Bagi rawatan untuk kurangkan simptom, kawal paras gula dan tekanan darah. Buat angiography untuk tengok kat mana ada blockage. Bila dah selesai sume test yang kena dibuat, discharge pak Abu.


2. Buat seperti kat atas + refer pak Abu pada mana-mana jabatan kebajikan. Bincang dengan pak Abu untuk follow up seterusnya, ada masalah untuk ambil ubat/masalah pengangkutan untuk pergi follow up.

3. Dan.. mungkin ada tambahan lain lagi. (ni cuma contoh. Saya masih belum belajar bahagian management secara mendalam memandangkan saya baru saja masuk tahun ketiga.)

Saya akui, mungkin kadang-kadang, ada sesetengah doktor yang terlupa pasal mende ni. Realitinya, bila hanya seorang atau dua orang doktor terpaksa cover 1 wad yang mungkin ada 20 - 30 pesakit, mende-mende seperti ni boleh terlupa. Belum ditambah lagi dengan penat, lapar dan stres. Mana-mana manusia pun boleh melakukan kesilapan. Tapi, seboleh-bolehnya, kesilapan itu akan cuba dikurangkan untuk mengelakkan perkara yang lebih berbahaya.

Ok, berbalik semula pada topik kita.

Dalam masa hampir setahun ni, saya dapat lihat yang kebanyakan pelajar perubatan terlalu taksub dengan sesesuatu penyakit, apalagi kalau penyakit tu adalah penyakit yang jarang kita boleh jumpa. Bila tau aje ada pesakit yang ada penyakit macam ni, maka, berbondong-bondonglah pelajar perubatan akan jumpa pesakit tersebut dan clerk patient tu. Kadang-kadang, sampai pesakit tu terlalu penat dan tak sempat rehat pun.

Banyak kali terdetik dalam hati. 'Kesiannya patient ni. Asyik kena kacau je.'

Tak salah sebenarnya kalau kita nak belajar dari patient, tapi kenalah berhemah. Janganlah terlalu mendesak patient, biarkan dia berehat sekejap. Explore jugak aktiviti harian dia, apa masalah yang paling mengganggu diri dia.Kadang-kadang, kita tak perasan yang sebenarnya pesakit tu ada masalah kemurungan jugak. Bersembanglah dan layanlah pesakit tu macam mana kita melayan mak, ayah dan keluarga kita. Saya kira, waktu bergelar medical student nilah waktu yang paling sesuai untuk kita belajar pasal kehidupan orang lain, pasal masyarakat sekeliling.

Manusia lumrahnya perlukan jugak perhatian dan kasih sayang dari orang lain. Mende ni jugak boleh jadi salah satu faktor untuk penyembuhan pesakit.

Tapi, apa-apapun, kita kena ingat, para doktor boleh merawat, tapi kuasa untuk menyembuhkan ada pada Allah. Janganlah pernah mendabik dada dengan pengalaman dan ilmu yang ada kat dada, sebab akhirnya, natijahnya Allah jugak yang tentukan.

Sekali lagi saya tegaskan, pesakit pun manusia. Jangan terlalu taksub dengan virus kecik yang tak nampak dek mata kasar sedangkan kita buat bodoh je bila pak cik kat depan mata menangis sebab murung yang berpanjangan.

Wallahua'lam.

Subjek : Ini adalah permulaan

Tempat : Bilik B305
Masa : 12.21 p.m
Subjek : Ini adalah permulaan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hidup ni tak sepanjang yang kita harapkan dan idam-idamkan.

Maka, kita dipertanggungjawabkan untuk menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.

Carilah, galilah, korek dalam-dalam apa yang kau mahukan dalam hidup kau.

Kau dah besar panjang. Fikirlah, gunalah akal kau, buktikan yang otak kau bukan hanya sekadar hiasan cuma.

Jangan berani mendabik dada hanya dengan angan-angan kau yang tinggi melangit.

Melangkahlah walau setapak ke depan.

Moga langkahmu diiringi dengan keredhaan-Nya.

Ayuh, mulakan perjalanan!