Sunday, January 25, 2015

Beautiful.




You are beautiful.

No matter what people say.

Because Allah had created you as the most perfect being.

It's your heart that is more important than what meets the eye.

Be grateful with what you already have.

InshaAllah, you'll be happy.

Saturday, January 24, 2015

Tidak subur : Salah siapa?

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk minggu ketiga saya berada dalam tahun 4. Sekarang saya berada di posting Gynaecology ataupun in Layman's term, sakit puan. Hari tu, kami ada belajar tentang infertility (ketidaksuburan). 

Jadi, apakah yang dikatakan ketidaksuburan tu?

Berdasarkan definisi World Health Organization, infertility is a disease of the reproductive system defined by the failure to achieve a clinical pregnancy after 12 months or more of regular unprotected sexual intercourse.

Infertility boleh dibahagikan pada dua bahagian, iaitu primary infertility dan secondary infertility. Primary infertility merujuk kepada orang yang tak pernah mendapat anak manakala secondary infertility merujuk kepada orang yang pernah mengandung sebelum ni (termasuk mereka yang keguguran dan mengandung di luar rahim).

Kenapa saya memilih untuk menulis soal ni?

Sebab norma dalam masyarakat kita, apabila seseorang perempuan yang telah berkahwin tidak dapat mengandung, maka perempuan itu akan dipandang serong oleh orang sekeliling. 

Antara perkataan-perkataan yang kita selalu dengar :

"Dia tu memang keturunan tak subur. Family dia pun, kalau beranak, tak ramai pun."
"Buat apa simpan orang yang tak subur? Kahwin je la lagi satu."
"Isteri kau tu memang tak subur ke? Kesian kau."

Dan, macam-macam lagi kata-kata yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya, kalau nak tahu, bila bercakap tentang soal kesuburan ni, ia mungkin berpunca daripada perempuan, lelaki atau kedua-duanya. Jadi, siapa kata Gynaecology cuma handle orang perempuan sahaja? 

Tapi, apa yang kita lihat di klinik infertiliti, kebanyakan pesakit yang datang adalah isteri sahaja walhal suami juga boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada infertiliti.

Ok. maka, apa faktornya yang boleh menyumbang kepada ketidaksuburan ni?

Tapi, sebelum tu, kita kena tahu anatomi sistem reproduktif dulu.

Sistem reproduktif wanita (kredit)

Biar saya bercerita serba ringkas tentang sistem reproduktif wanita. Ovary adalah tempat di mana kita akan menghasilkan telur (ovum) dan telur ini akan pergi ke rahim (uterus) melalui Fallopian tube. Kalau telur dan sperma dapat bercantum (fertilize - fertilization berlaku di Fallopian tube), maka, ia akan bertukar menjadi embryo dan akan menempel (implant) di dinding rahim (endometrium).

Maka, masalah ketidaksuburan akan berlaku jika mana-mana bahagian ada masalah.

Antara masalah-masalah yang boleh berlaku :

1. Ovulatory failure - masalah dengan telur di mana telur tak dapat dikeluarkan dari kantungnya. Ia mungkin boleh berpunca dari masalah hormon iaitu Luteinizing Hormone (LH) yang tidak stabil. 

Ovulation : Telur dikeluarkan dari kantungnya

2. Blockage di mana-mana bahagian Fallopian tube
3. Masalah dengan rahim - adenomyosis, fibroid atau apa-apa ketumbuhan yang mengganggu uterine cavity.
3. Faktor pangkal rahim (cervix) - stenosis (laluan menjadi sempit)
4. Tuboperitoneal - endometriosis (tisu dinding rahim di luar dinding rahim, contohnya di ovary), hydrosalpinx (Fallopian tube bengkak)
5. Faktor dari lelaki - masalah dengan pancutan (ejaculation) atau erection, masalah sperma (kurang kuantiti, kurang upaya untuk bergerak (reduced motility), dll), 
6. Lain-lain : masalah psikoseksual.

Faktor yang menjejaskan kesuburan pada lelaki dan perempuan :
1. Umur yang meningkat
2. Merokok, tembakau atau penyalahgunaan dadah
3.Berat badan yang berlebihan

Selalunya, apabila pasangan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan anak, doktor akan mencari puncanya dan akan cuba mengemukakan beberapa pilihan rawatan yang sesuai untuk pasangan tersebut. 

Tetapi, ada masanya di mana takde masalah pun yang dapat dikenalpasti dalam pasangan tersebut. Ada jugak pasangan yang gagal untuk dapatkan anak setelah banyak kali buat rawatan. 

Sebabnya, usaha manusia tu ada batasannya. Doktor bukanlah tuhan yang boleh menjamin success rate of 100%, kita hanya boleh berusaha dan bertawakkal.  Akhirnya, Allah yang menentukan segalanya. Namun, tu tak bermakna kita hanya perlu menyerahkan semuanya pada takdir.

Saya tertarik dengan statement yang pernah saya dengar dari seorang ustaz. Tawakal tu ada peringkatnya, iaitu sebelum berusaha, semasa berusaha dan selepas berusaha. 

Sebelum berusaha, kita bertawakal pada Allah yang Allah akan tunjukkan jalan macam mana kita nak mulakan usaha tu. 

Sewaktu berusaha, kita bertawakal kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan dan istiqamah dalam usaha tu.

Selepas berusaha, kita bertawakal kepada Allah bahwa apa-apa keputusan yang berlaku, tu adalah yang terbaik buat kita.

Oleh itu, kita kena sedar, rezeki tu semuanya dari Allah. Jadi, wajarkah kita sebagai manusia, menuding jari pada sesiapa atas perkara yang berlaku pada kita? Renung-renungkan.

Dan, untuk pengetahuan semua, ada beberapa rawatan yang boleh ditawarkan bagi pasangan yang menghadapi masalah ni. Selalunya, rawatan yang akan ditawarkan adalah berdasarkan punca yang ada pada pasangan tersebut. 

Selalunya, bagi mereka yang obes atau merokok, mereka dinasihatkan untuk menurunkan berat badan dan berhenti merokok. Jika ada masalah dengan hormon, maka rawatan hormon akan diberikan. Jika ada masalah dengan blockage atau fibroid besar dan ketumbuhan yang sewaktu dengannya, maka, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan.

Ada juga rawatan untuk membantu seseorang tu untuk mengandung. Antaranya adalah intrauterine insemination (IUI), intra vitro fertilization (IVF), intracytoplasmic sperm injection (ICSI). 

Intrauterine insemination

Prosedur IUI
Sperma dari air mani suami akan diproses dan akan dimasukkan ke dalam rahim isteri. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kuantiti sperma yang boleh sampai ke Fallopian tube dan meningkatkan peluang untuk fertilization. Average success rate untuk prosedur ni adalah 10-15%. 

In vitro fertilization

Prosedur IVF

Untuk IVF, beberapa telur dari isteri dan sperma dari suami akan diambil untuk disenyawakan (to be fertilized) di luar rahim. Embryo yang terhasil dari persenyawaan tu akan dimasukkan ke dalam rahim 3 k3 5 hari kemudian. Keseluruhannya, average success rate untuk prosedur ni adalah 25-30 %.

Intracytoplasmic sperm injection (ICSI)

Prosedur ICSI

Satu sperma akan dimasukkan ke dalam telur menggunakan jarum yang sangat halus. Proses yang seterusnya adalah sama seperti IVF. 

Namun, kita perlu tahu bahwa rawatan ni memerlukan kos yang tinggi dan ada risikonya yang tersendiri. Sebab tulah, amat penting bagi pasangan yang ingin memilih untuk mendapatkan rawatan ni mendapatkan nasihat dari doktor dan berbincang dengan pasangan masing-masing.

Berbalik pada norma masyarakat kita yang sering memandang serong pada pasangan yang sebegini. Kita memang takde kuasa untuk mengubah orang, tapi kita ada kuasa untuk mengubah diri kita. Jika perkara ni terjadi pada orang di sekeliling kita, janganlah kita menambahkan beban mereka dengan bertanya soalan-soalan yang boleh menyinggung perasaan mereka. Dan sekiranya perkara ni terjadi pada kita, janganlah pernah berputus asa daripada rahmat Allah. Ada sebabnya kenapa Allah tetapkan takdir kita begitu.

Sekian untuk kali ni.

Wallahua'lam.

Friday, January 9, 2015

"Post-supplementary syndrome"

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah sudah masuk tahun baru. Saya juga baru melangkah masuk ke tahun 4 setelah setahun lebih berada dalam tahun 3. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa lama sangat saya berada dalam tahun 3.

Ada sebabnya. Sebabnya adalah kerana saya gagal dalam Peperiksaan Akhir Klinikal Fasa IIIA dan akhirnya perlu menghadiri kelas tambahan selama 2 bulan. Biar saya terangkan serba sedikit mengenai peperiksaan klinikal. Ada 4  kertas semuanya, kertas 1 dan kertas 2 adalah teori manakala kertas 3 dan 4 adalah klinikal. 

Kertas 3 atau nama panjangnya Objective Structured Clinical Examination (OSCE) di mana soalan-soalannya berada di 16 stesen. Untuk kertas ini, ada 16 stesen di mana kami perlu bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang lain. Di setiap stesen ni, ada soalan tertentu yang telah disediakan. Ada di antaranya adalah sesi interaktif di mana kami perlu consult patient, bahagian x-ray, buat pemeriksaan fizikal dan ada jugak stesen untuk mengenalpasti spesimen dan alat-alat yang digunakan dalam clinical practice.  Oh ye, masa yang diperuntukkan untuk setiap stesen adalah 5 minit.

Manakala Kertas 4 atau lebih dikenali sebagai Long Case di mana soalan peperiksaan kami adalah pesakit sendiri. Kami perlu mengambil history yang lengkap serta membuat physical examination terhadap pesakit tersebut dalam masa 1 jam sebelum kami dipanggil untuk present di hadapan 2 atau 3 examiner. Untuk pengetahuan semua, kes-kes yang akan kami dapat untuk Long Case ini adalah sangat banyak dan boleh sahaja keluar dari mana-mana kes dalam Paediatric (Kanak-kanak), Medicine dan Surgery Department. 

Kebanyakan dari kami yang tidak lulus terkandas di kertas 3 atau kertas 4. Ada banyak faktor sebenarnya yang menyumbang. Gagal dalam peperiksaan klinikal bukan bermaksud seseorang itu tak pandai atau tak kompeten. Kadang-kadang, ada yang menghadapi masalah language barrier dengan pesakit, ada juga yang dapat kes yang tak pernah dijumpa sewaktu posting dan ada juga yang terlalu nervous sampai semuanya jadi bercelaru.

Saya masih lagi teringat waktu saya present case di hadapan pemeriksa. Saya terlalu nervous sampai saya terlupa nak bagitau yang saya ada masalah language barrier dengan pesakit. Habis saja presentation, saya balik ke bilik dengan perasaan bercampur-baur. Hati saya kuat menyatakan bahawa saya akan gagal.

Dan ternyata telahan saya menjadi kenyataan.

Pada waktu saya lihat keputusan saya, sejujurnya, saya tidaklah begitu sedih sebab saya sudah boleh mengagak keputusannya. Tapi yang lebih menyedihkan saya adalah bila kawan-kawan saya yang lain bertanya khabar, melawat dan memberi kata-kata semangat pada saya. Seriously, perasaan saya bercampur-baur antara sedih, down, terharu dan gembira pada waktu tu. Dan yang paling menyedihkan adalah bila saya tak dapat meluangkan masa yang lebih dengan family saya pada waktu tu. Tapi saya rasa sangat-sangat bersyukur sebab family saya sangat supportive dan memahami keadaan saya.

Setelah seminggu keputusan dikeluarkan, kami pun balik ke UM untuk memulakan kelas tambahan (supplementary class) selama 8 minggu di mana kami perlu mengulang semula posting di Medicine, Surgery, Obstetric and Gynaecology, Primary Care Medicine dan Paediatrics Department.

Setelah bertapa selama seminggu dan dapatkan semula semangat, saya memulakan kelas tambahan dengan positif. Saya cuba untuk melihat kegagalan pada kali ni sebagai pangajaran untuk saya.

Indeed, this failure was a blessing in disguise.

Selama 2 bulan saya menjalani kelas tambahan, semua doktor yang mengajar saya banyak memberi motivasi dan tunjuk ajar. Waktu ni, saya belajar untuk jadi lebih yakin untuk present di depan doktor. Dan saya menjadi lebih rajin dan eager berbanding sebelum ni. Sungguhlah, rasa bersyukur sangat dapat peluang ni. Alhamdulillah.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Al-Baqarah : 216

Bila saya muhasabah diri balik, sebenarnya banyak mende yang saya terlepas waktu saya posting di Klang. 2 bulan ni banyak membuka mata, hati dan minda saya. Dulu. saya merasa sangat terpaksa untuk pergi ke wad dan approach patient. Dulu, saya tak belajar dengan sedalam-dalamnya dan sesungguh-sungguhnya. Mungkin sebab saya tak tahu macam mana teknik belajar yang sesuai waktu klinikal. 

Yang paling penting, mungkin jugak sebab saya tak begitu menjaga hubungan saya dengan Allah. Mungkin ni salah satu cara Allah nak tarik balik saya pada Dia. 

Apa yang saya hargai sepanjang 2 bulan ni mestilah rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama dengan saya. Belajar, menangis, ketawa bersama-sama dan saling menguatkan antara satu sama lain. Seboleh-bolehnya, saya berharap kami semua boleh lulus bersama. Tapi apakan daya, jalan cerita setiap orang tak sama. Hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka. Whatever it is, they're still a part of us.

Setakat tu je untuk kali ni. InshaAllah akan cuba lebih merajinkan diri update blog.

Wallahua'lam.

Sekian.