Friday, January 9, 2015

"Post-supplementary syndrome"

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah sudah masuk tahun baru. Saya juga baru melangkah masuk ke tahun 4 setelah setahun lebih berada dalam tahun 3. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa lama sangat saya berada dalam tahun 3.

Ada sebabnya. Sebabnya adalah kerana saya gagal dalam Peperiksaan Akhir Klinikal Fasa IIIA dan akhirnya perlu menghadiri kelas tambahan selama 2 bulan. Biar saya terangkan serba sedikit mengenai peperiksaan klinikal. Ada 4  kertas semuanya, kertas 1 dan kertas 2 adalah teori manakala kertas 3 dan 4 adalah klinikal. 

Kertas 3 atau nama panjangnya Objective Structured Clinical Examination (OSCE) di mana soalan-soalannya berada di 16 stesen. Untuk kertas ini, ada 16 stesen di mana kami perlu bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang lain. Di setiap stesen ni, ada soalan tertentu yang telah disediakan. Ada di antaranya adalah sesi interaktif di mana kami perlu consult patient, bahagian x-ray, buat pemeriksaan fizikal dan ada jugak stesen untuk mengenalpasti spesimen dan alat-alat yang digunakan dalam clinical practice.  Oh ye, masa yang diperuntukkan untuk setiap stesen adalah 5 minit.

Manakala Kertas 4 atau lebih dikenali sebagai Long Case di mana soalan peperiksaan kami adalah pesakit sendiri. Kami perlu mengambil history yang lengkap serta membuat physical examination terhadap pesakit tersebut dalam masa 1 jam sebelum kami dipanggil untuk present di hadapan 2 atau 3 examiner. Untuk pengetahuan semua, kes-kes yang akan kami dapat untuk Long Case ini adalah sangat banyak dan boleh sahaja keluar dari mana-mana kes dalam Paediatric (Kanak-kanak), Medicine dan Surgery Department. 

Kebanyakan dari kami yang tidak lulus terkandas di kertas 3 atau kertas 4. Ada banyak faktor sebenarnya yang menyumbang. Gagal dalam peperiksaan klinikal bukan bermaksud seseorang itu tak pandai atau tak kompeten. Kadang-kadang, ada yang menghadapi masalah language barrier dengan pesakit, ada juga yang dapat kes yang tak pernah dijumpa sewaktu posting dan ada juga yang terlalu nervous sampai semuanya jadi bercelaru.

Saya masih lagi teringat waktu saya present case di hadapan pemeriksa. Saya terlalu nervous sampai saya terlupa nak bagitau yang saya ada masalah language barrier dengan pesakit. Habis saja presentation, saya balik ke bilik dengan perasaan bercampur-baur. Hati saya kuat menyatakan bahawa saya akan gagal.

Dan ternyata telahan saya menjadi kenyataan.

Pada waktu saya lihat keputusan saya, sejujurnya, saya tidaklah begitu sedih sebab saya sudah boleh mengagak keputusannya. Tapi yang lebih menyedihkan saya adalah bila kawan-kawan saya yang lain bertanya khabar, melawat dan memberi kata-kata semangat pada saya. Seriously, perasaan saya bercampur-baur antara sedih, down, terharu dan gembira pada waktu tu. Dan yang paling menyedihkan adalah bila saya tak dapat meluangkan masa yang lebih dengan family saya pada waktu tu. Tapi saya rasa sangat-sangat bersyukur sebab family saya sangat supportive dan memahami keadaan saya.

Setelah seminggu keputusan dikeluarkan, kami pun balik ke UM untuk memulakan kelas tambahan (supplementary class) selama 8 minggu di mana kami perlu mengulang semula posting di Medicine, Surgery, Obstetric and Gynaecology, Primary Care Medicine dan Paediatrics Department.

Setelah bertapa selama seminggu dan dapatkan semula semangat, saya memulakan kelas tambahan dengan positif. Saya cuba untuk melihat kegagalan pada kali ni sebagai pangajaran untuk saya.

Indeed, this failure was a blessing in disguise.

Selama 2 bulan saya menjalani kelas tambahan, semua doktor yang mengajar saya banyak memberi motivasi dan tunjuk ajar. Waktu ni, saya belajar untuk jadi lebih yakin untuk present di depan doktor. Dan saya menjadi lebih rajin dan eager berbanding sebelum ni. Sungguhlah, rasa bersyukur sangat dapat peluang ni. Alhamdulillah.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Al-Baqarah : 216

Bila saya muhasabah diri balik, sebenarnya banyak mende yang saya terlepas waktu saya posting di Klang. 2 bulan ni banyak membuka mata, hati dan minda saya. Dulu. saya merasa sangat terpaksa untuk pergi ke wad dan approach patient. Dulu, saya tak belajar dengan sedalam-dalamnya dan sesungguh-sungguhnya. Mungkin sebab saya tak tahu macam mana teknik belajar yang sesuai waktu klinikal. 

Yang paling penting, mungkin jugak sebab saya tak begitu menjaga hubungan saya dengan Allah. Mungkin ni salah satu cara Allah nak tarik balik saya pada Dia. 

Apa yang saya hargai sepanjang 2 bulan ni mestilah rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama dengan saya. Belajar, menangis, ketawa bersama-sama dan saling menguatkan antara satu sama lain. Seboleh-bolehnya, saya berharap kami semua boleh lulus bersama. Tapi apakan daya, jalan cerita setiap orang tak sama. Hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka. Whatever it is, they're still a part of us.

Setakat tu je untuk kali ni. InshaAllah akan cuba lebih merajinkan diri update blog.

Wallahua'lam.

Sekian.

No comments:

Post a Comment