Dah lama mendiamkan diri, dalam proses mencari identiti diri yang terasa hilang di sebalik kesibukan seorang pelajar perubatan waktu fasa klinikal. Hampir setiap hari, waktu dihabiskan di wad. Ward round, presentation, clerk patient, tengok dan assist procedure bagaikan dah sebati dalam diri. Lengkapkan diri dengan segala persiapan untuk menjadi doktor Muslim yang selamat dan kompeten, dalam keredhaan-Nya, inshaAllah.
Alhamdulillah. Dah hampir setahun saya melangkah masuk ke fasa klinikal. Setakat ni, saya dah habis posting kat wad medikal, wad surgeri, wad sakit puan dan sekarang tengah posting di primary care medicine ataupun in layman's term, klinik kesihatan.
Tak sangka, cepat betul masa berlalu. Sejujurnya, semakin banyak masa saya habiskan masa untuk berjumpa patient, makin banyak yang saya belajar dari diorang. Makin terbuka mata saya pasal realiti masyarakat kita.
Macam-macam ragam boleh kita jumpa.
Ada yang takut jumpa doktor sebab takut kena cucuk.
Ada yang tak kisah sangat pasal kesihatan diri sendiri walaupun tau diri dia ada penyakit kencing manis (Diabetes mellitus), dan darah tinggi yang mungkin boleh membawa pada sakit jantung (myocardial infarction).
Ada yang sangat optimis pasal kehidupan walaupun buah pinggang dia dah rosak dan terpaksa menjalani dialisis setiap minggu.
Ada yang dependent pada orang lain untuk buat rutin harian.
Dan.... macam-macam lagi.
Satu mende yang paling penting saya belajar daripada kebanyakan doktor yang mengajar kami.
Treat the patient as a whole person.
A doctor's duty is to treat the patient, not the disease.
Tugas seorang doktor adalah untuk merawat pesakit tu secara keseluruhan, bukan semata-mata mengurangkan dan melegakan simptom-simptom yang ada pada pesakit tu sendiri. Meh saya bagi contoh (bukan kes sebenar, tapi ada jugak berlaku kes-kes yang macam ni.)
Pak cik Abu, seorang duda yang berumur 67 tahun datang ke hospital sebab tetiba rasa sakit dada yang menekan dan rasa susah untuk bernafas. Selain tu, pak cik Abu jugak ada berpeluh-peluh dan rasa loya. Pak Ali, kawan lama pak Abu, yang kebetulan singgah ke rumahnya yang bawak pak Abu ke hospital. Disebabkan isteri dan anaknya sudah meninggal dunia lebih 10 tahun yang lepas, dia tinggal seorang di rumah. Saudara-maranya tak ramai, dan mereka pun tak pernah peduli pasal keadaan pak cik Abu.
Setelah diperiksa dengan electrocardiogram (ECG) dan cardiac marker, pak Abu disahkan mempunyai ST elevation myocardial infarction (STEMI) ataupun bahasa mudahnya, sakit jantung.
Rupa-rupanya, sebelum ni, pak Abu memang sudah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi tapi tak pernah didiagnosis. Bila ditanya balik, pak Abu memang ada simptom-simptom kencing manis macam kencing dalam jumlah yang banyak (polyuria), rasa dahaga yang berlebihan (polydypsia), selalu bangun malam untuk kencing (nocturia) dan berat badan makin turun walaupun pak Abu dah lama tak exercise. Mata pun makin kabur.
"Sekarang ni bila pak cik kencing, memang banyak air kencing yang keluar. Malam-malam pun pak cik selalu pegi jamban untuk kencing. Pak cik ingatkan mende ni biasalah, penyakit orang tua. Yela, pak cik kan dah tua, bukannya muda lagi."
Bayangkan, kalau kitalah yang jadi doktor yang kena rawat pak cik ni, apa yang kita akan buat?
1. Bagi rawatan untuk kurangkan simptom, kawal paras gula dan tekanan darah. Buat angiography untuk tengok kat mana ada blockage. Bila dah selesai sume test yang kena dibuat, discharge pak Abu.
2. Buat seperti kat atas + refer pak Abu pada mana-mana jabatan kebajikan. Bincang dengan pak Abu untuk follow up seterusnya, ada masalah untuk ambil ubat/masalah pengangkutan untuk pergi follow up.
3. Dan.. mungkin ada tambahan lain lagi. (ni cuma contoh. Saya masih belum belajar bahagian management secara mendalam memandangkan saya baru saja masuk tahun ketiga.)
Saya akui, mungkin kadang-kadang, ada sesetengah doktor yang terlupa pasal mende ni. Realitinya, bila hanya seorang atau dua orang doktor terpaksa cover 1 wad yang mungkin ada 20 - 30 pesakit, mende-mende seperti ni boleh terlupa. Belum ditambah lagi dengan penat, lapar dan stres. Mana-mana manusia pun boleh melakukan kesilapan. Tapi, seboleh-bolehnya, kesilapan itu akan cuba dikurangkan untuk mengelakkan perkara yang lebih berbahaya.
Ok, berbalik semula pada topik kita.
Dalam masa hampir setahun ni, saya dapat lihat yang kebanyakan pelajar perubatan terlalu taksub dengan sesesuatu penyakit, apalagi kalau penyakit tu adalah penyakit yang jarang kita boleh jumpa. Bila tau aje ada pesakit yang ada penyakit macam ni, maka, berbondong-bondonglah pelajar perubatan akan jumpa pesakit tersebut dan clerk patient tu. Kadang-kadang, sampai pesakit tu terlalu penat dan tak sempat rehat pun.
Banyak kali terdetik dalam hati. 'Kesiannya patient ni. Asyik kena kacau je.'
Tak salah sebenarnya kalau kita nak belajar dari patient, tapi kenalah berhemah. Janganlah terlalu mendesak patient, biarkan dia berehat sekejap. Explore jugak aktiviti harian dia, apa masalah yang paling mengganggu diri dia.Kadang-kadang, kita tak perasan yang sebenarnya pesakit tu ada masalah kemurungan jugak. Bersembanglah dan layanlah pesakit tu macam mana kita melayan mak, ayah dan keluarga kita. Saya kira, waktu bergelar medical student nilah waktu yang paling sesuai untuk kita belajar pasal kehidupan orang lain, pasal masyarakat sekeliling.
Manusia lumrahnya perlukan jugak perhatian dan kasih sayang dari orang lain. Mende ni jugak boleh jadi salah satu faktor untuk penyembuhan pesakit.
Tapi, apa-apapun, kita kena ingat, para doktor boleh merawat, tapi kuasa untuk menyembuhkan ada pada Allah. Janganlah pernah mendabik dada dengan pengalaman dan ilmu yang ada kat dada, sebab akhirnya, natijahnya Allah jugak yang tentukan.
Sekali lagi saya tegaskan, pesakit pun manusia. Jangan terlalu taksub dengan virus kecik yang tak nampak dek mata kasar sedangkan kita buat bodoh je bila pak cik kat depan mata menangis sebab murung yang berpanjangan.
Wallahua'lam.